MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi perbincangan Sekolah Pengurusan Organisasi

KUALA LUMPUR 31 Jan – Bagi memperkasakan struktur dan pentadbiran persatuan belia selaras Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Pindaan) 2019 [Akta A1602], satu sesi perbincangan Sekolah Pengurusan Organisasi (SPO) telah diadakan di Wisma MBM, Cheras.

Ini adalah lanjutan daripada perancangan program yang lebih tersusun dan strategik tahun ini oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama MBM melibatkan badan-badan induk kebangsaan, majlis belia negeri dan majlis belia daerah.

Antara yang hadir berkongsi idea dan pandangan ialah Sdr. Fazril Mohd Saleh, Ketua Penerangan MBM; Encik Akmal Ruslan, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negara; Tuan Hj Mohd Sukor Yusof; Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Fasilitator yang juga mantan pimpinan MBM dan wakil NGO terbabit.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »