DALAM TALIAN 16 Mei – Telah berlangsung sesi perbincangan penyelarasan Aktiviti Majlis Perasmian Hari Belia Negara (HBN) 2024 antara pihak JBSNegara dan Majlis Belia Malaysia (MBM) secara dalam talian.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd Izwandy Ismail, Pengarah Cawangan Pembangunan Kepimpinan JBSNegara.
Mesyuarat ini khusus menyelaras pengisian dan susunan acara majlis perasmian HBN24 melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri.
HBN 2024 Peringkat Kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama MBM pada 24 hingga 26 Mei 2024.
Majlis perasmian HBN2024 Peringkat Kebangsaan akan belangsung pada 25 Mei 2024 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.
Turut sama Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Fairos Bin Rusli; Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed; Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaludin.



