KUALA LUMPUR 16 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah menyertai sesi perbincangan bersama Cawangan Pembangunan Ekonomi, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta MDEC.
Sesi perbincangan ini diadakan bagi membincangkan laporan terkini pelaksanaan Program myGIG yang telah mencapai sasaran penyertaan dan perancangan memajukan belia dari sektor ekonomi lejang pada masa hadapan.
MyGIG setakat ini telah melibatkan 4000 peserta belia dan sebahagian besarnya telah mendapat ruang pekerjaan dan menambah pendapatan dalam sektor ekonomi lejang atau gig economy ini.
Ia telah mencapai sasaran dan objektif dan akan diteruskan bagi membantu belia di era pandemik.
Turut hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Exco MBM Sdri. Nurliana Muhammad dan Datuk Syed Osman.