PUTRAJAYA 14 September – Sdri. Nur Liyana Muhammad, Timbalan Pengerusi Biro Perindustrian Ekonomi dan Keusahawanan/ Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri sesi perbincangan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dato’ Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Belia Sukan. Mesyuarat ini membincangkan mengenai penglibatan golongan belia dalam bidang keusahawanan serta inisiatif kementerian dan PUNB dalam membantu usahawan belia yang berkecimpung dalam bidang ini.