DALAM TALIAN 7 Julai – telah berlangsung sesi pengenalan dan perbincangan awal Team PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Team Peneraju Skills Yayasan Peneraju secara dalam talian berkenaan program kerjasama bagi memberi nilai tambah kepada peserta yang menerima faedah di bawah program-program Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera terutamanya dalam bidang TVET.
Hadir bersama dalam perjumpaan ini adalah Sdr. Muhammad Abu Kadir, Penolong Setiausaha Agung MBM merangkap Pengarah PROKENS MBM dan Sdr. Haziq Zakaria, Ahli Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan MBM merangkap Koordinator PROKENS.




