MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi penerangan RUU Anti Gangguan Seksual 2021 KPWKM bersama NGO

PUTRAJAYA 27 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang ke sesi Penerangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Gangguan Seksual (AGS) 2021 bersama NGO bertempat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Exco MBM, Sdri. Siti Norhasyyati Ab Rahman telah mewakili MBM dan Biro Pembangunan Wanita dan Keluarga MBM.

MBM menyambut baik inisiatif Kementerian dalam melahirkan RUU yang komprehensif, lebih meluas tanpa mengira lokasi kesalahan berlaku dan juga terpakai untuk kanak-kanak serta OKU.

Antara idea dan pandangan yang sempat dibangkit dalam pertemuan ini adalah;

1. Mekanisme pemudahcara pelaksanaan oleh Tribunal RUU di peringkat negeri, daerah, sekolah juga lokasi terpencil luar bandar yang perlu diberi perhatian;

2. Terma perundangan (setelah dialih bahasa) yang boleh mengelirukan/disalah erti oleh pemangsa sehingga membantutkan tindakan mereka untuk kehadapan bersama RUU ini;

3. Kaedah ‘awareness’ yang bakal diambil pihak kementerian khususnya bagi memastikan masyarakat faham fungsi RUU ini dan dapat membezakan bidang kuasanya berbanding perundangan jenayah lain apabila RUU ini diluluskan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »