MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Penerangan Jenayah Seksual Kanak-Kanak

Kelantan 24 April – Sesi Penerangan Jenayah Seksual Kanak-Kanak kepada semua pelajar tahun 4 hingga tahun 6 Sekolah Rendah Seri AlHikmah, Kota Bharu, Kelantan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Kompleks Masjid Alhikmah, Tanjung Mas Kota Bharu Kelantan. Program ini adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Kelantan (MBK) dan ABIM Kelantan.

Pengisian program ini oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM. Turut hadir Penolong Guru Besar Sekolah Rendah Seri Alhikmah Ust. Wan Md Latfi, Sdr. Sdr. Ir Meor Shamshir Setiausaha Majlis Belia Kelantan, Sdr. Mohd Hakimi Bendahari Majlis Belia Kelantan/Exco MBM dan barisan guru-guru Sekolah Seri AlHikmah ABIM Kelantan.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »