PUTRAJAYA 20 Feb – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haiff Harun telah mewakili Presiden MBM menghadiri Sesi Libat Urus ‘Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna (3P) bersama Pemegang Taruh Kepenggunaan bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Program anjuran KPDN ini bertujuan mendapatkan input dan idea sebagai agenda memperkukuhkan isu kepengunaan di Malaysia.
Pada majlis tersebut, YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengumumkan pelancaran Dasar Pengguna Negara (DPN) 2.0 dan Pelan Tindakan Kepenggunaan (PTK) 2030 pada suku ketiga tahun 2024 sebagai langkah holistik dan serius dalam melindungi hak kepenggunaan rakyat negara ini.
Sebagai rakan strategik kepada kementerian, MBM berperanan memberi maklum balas dan pandangan berhubung isu kepenggunaan yang dekat dengan masyarakat khususnya belia.