MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi libat urus penglibatan MBM dalam Agenda Nasional Malaysia Sihat

PUTRAJAYA 30 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat dan sesi libat urus bagi membincangkan komitmen dan penglibatan MBM dalam menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) di Kementerian Kesihatan Malaysia.

ANMS adalah pakej sihat sepanjang hayat bagi manfaat rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan.

Hadir mewakili MBM ialah Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed dan Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »