MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Libat Urus Pembangunan Dasar Inovasi Sosial

Putrajaya | 20 September – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) telah mengadakan Sesi Libat Urus dalam membangunkan Dasar Inovasi Sosial yang dijangka dapat direalisasikan pada 2023.

Objektif utama sesi libat urus ini adalah bagi mendapatkan pandangan dan buah fikiran pemegang taruh berkaitan pembangunan Dasar Inovasi Sosial Malaysia, yang diterajui oleh MOSTI dan dilaksana oleh YIM.

Antara yang terlibat di dalam sesi ini adalah daripada Kementerian Persekutuan, Agensi Kerajaan, Pembiaya Dana, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), sektor perniagaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili Setiausaha Agung, Hasnul Haniff Harun dan Sekretariat, Mohd Syazwan Kamarul Bahrin telah berkongsi idea dan pengalaman dalam menggerakkan agenda inovasi sosial dalam kalangan komuniti belia di Malaysia.

Hadir sama Exco MBM, merangkap Presiden Majlis Belia OKU malaysia, Faiz Shuhaimi yang turut berkongsi keperluan dan usaha yang perlu dilakukan dalam merancakkan lagi ekosistem inovasi sosial terutama melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Sesi libat urus yang diadakan di Hotel Everly Putrajaya ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha MOSTI, YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »