JOHOR BAHRU 22 Disember – Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja Zon Selatan telah berlangsung di Medini Learning Centre melibatkan penyertaan dari wakil Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ), Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor serta pertubuhan belia sekitar Johor Bahru.
Program ini merangkumi pengenalan dan praktis terperinci berkaitan program #MalaysiaKerja serta mekanisme pendaftaran dan garis pelaksanaan. Inisiatif ini bertujuan mengumpulkan ekstrak sumbang saran dan kaedah penambahbaikan bagi 4 inisiatif dibawah #MalaysiaKerja iaitu #GraduanKerja, #WanitaKerja dan #PerintisKerja yang diseleraskan oleh Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Abu Kadir, Exco MBM.
Turut hadir Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM yang menyampaikan cenderamata MBM kepada Sdr. Md. Salleheen Mohamad, Presiden MBNJ selaku tuan rumah.