KUALA TERENGGANU 15 Januari – Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja Zon Pantai Timur telah berlangsung di negeri ini melibatkan penyertaan seramai 40 orang dari Majlis Belia Negeri Terengganu, Majlis Belia Negeri Pahang, Majlis Belia Kelantan dan pertubuhan-pertubuhan belia kawasan setempat.
Program ini, merangkumi sesi pengenalan dan praktis terperinci berkaitan #MalaysiaKerja serta mekanisme pendaftaran dan garis panduan pelaksanaan.
Ia bertujuan bagi mengumpulkan ekstrak sumbang saran dan kaedah penambahbaikan bagi empat inisiatif dibawah #MalaysiaKerja iaitu #GraduanKerja, #WanitaKerja dan #PerintisKerja.
Program ini diuruskendalikan oleh Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.
Turut hadir Presiden MBN Terengganu Sdr. Amirullah Othman, Presiden MBN Kelantan Sdr. Hafizul Nizam dan Sdri. Nurliana Muhamad, Exco MBM selaku moderator program.





