KOTA KINABALU 19 Disember – Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja Zon Borneo telah melibatkan penyertaan dari Majlis Belia Sabah, Majlis Belia Labuan dan JBS Sabah serta pertubuhan belia di sekitar Kota Kinabalu.
Program ini merangkumi pengenalan dan praktis terperinci berkaitan program #MalaysiaKerja serta mekanisme pendaftaran dan garis pelaksanaan serta bertujuan mengumpulkan ekstrak sumbang saran dan kaedah penambahbaikan bagi 4 inisiatif dibawah #MalaysiaKerja iaitu #GraduanKerja, #WanitaKerja, #WatanKerja dan #PerintisKerja yang diseleraskan oleh Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin, Penolong Setiausaha Agung MBM dan dibantu bersama Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.
Hadir sama di program ini Sdr. Azuan Marjan, Naib Presiden MBM selaku moderator program yang turut menyampaikan cenderamata MBM kepada Sdr. Zikri sebagai Ketua Penerangan MBS mewakili tuan rumah.