MAJLIS BELIA MALAYSIA

SESI LIBAT URUS #MALAYSIAKERJA ZON BORNEO

KUCHING – 18 Disember – Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Kuching telah diadakan Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja Zon Borneo melibatkan penyertaan seramai 26 orang dari Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan pertubuhan-pertubuhan belia di Kuching. Program ini dikendalikan oleh Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin. Turut hadir dalam program ini wakil dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Program ini, merangkumi pengenalan dan praktis terperinci berkait program #MalaysiaKerja serta mekanisme pendaftaran dan garis pelaksanaan serta bertujuan mengumpulkan ekstrak sumbang saran dan kaedah penambahbaikan bagi 4 inisiatif dibawah #MalaysiaKerja iaitu #GraduanKerja#WanitaKerja#WatanKerja dan #PerintisKerja

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »