SHAH ALAM 16 Disember – Sesi Libat Urus #MalaysiaKerja telah memulakan siri jelajahnya hari ini bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.
Sesi ini melibatkan empat kluster; #perantis kerja, #graduan kerja, #watan kerja dan #wanita kerja.
Inisiatif #MalaysiaKerja untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada belia dan wanita Malaysia.
Hadir sama Pengarah JBSN Selangor, Tuan Sabran Abd Bahar, Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM, Penolong Setiausaha Agung MBM Sdri. Atiqah Syairah Shaharudin, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali dan kepimpinan Majlis Belia Negeri Selangor.