MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi Libat Urus KWSP bersama Pihak Berkepentingan

KUALA LUMPUR 24 Jun – Telah berlangsung secara maya Sesi Libat Urus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersama Pihak Berkepentingan khususnya anak muda dan pempengaruh sosial berkenaan. Menteri Kewangan, YB Tengku Zafrul Aziz turut bersama pada awal sesi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hadir sama dan memberikan beberapa cadangan sebagai solusi kepada keadaan semasa kewangan, simpanan dan sekuriti sosial rakyat Malaysia.

MBM juga mengharapkan akan ada pengumuman positif dalam tempoh terdekat berkaitan kemudahan KWSP kepada rakyat bagi berhadapan dengan suasana mencabar.

Turut sama Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali, Exco MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »