KUALA LUMPUR 3 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan dan team ‘Belia Rasuah Busters‘ menyertai sesi libat urus berkala bersama Pasukan Induk Rasuah Busters bagi meneruskan kempen kesedaran membasmi rasuah di peringkat akar umbi.
Ini merupakan komitmen berterusan MBM bagi menyertai gerakan transformasi moral yang diterajui Dato’ Hussamuddin Yaacub.
Perbincangan untuk mengulang tekad dan merangka pelaksanaan program-program berkaitan pembasmian rasuah sehingga ia menjadi gerakan dasar tanah (groundswell).
MBM telah menggerakkan sebelum ini inisiatif Belia Rasuah Busters yang menghimpunkan badan gabungan dan bukan badan gabungan. Disusuli pula oleh gerakan mahasiswa Rasuah Busters untuk memastikan gelombang ini di peringkat belia turut memberi impak. Turut sama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM dan Sdr. Farhan Rosli, Koordinator Belia Rasuah Busters.