CYBERJAYA 30 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri sesi libat urus Bajet 2023 Timbalan Menteri Kewangan 1, YB Dato Mohd Shahar Abdullah bersama pihak berkepentingan (NGO Belia) untuk mendapatkan input terutamanya berkaitan hala tuju belia negara.
Hasil perbincangan ini akan menjalani proses tapisan seterusnya dipertimbangkan dalam penyediaan Bajet 2023.
Untuk rekod, MBM setiap tahun tidak ketinggalan dijemput memberikan maklum balas dalam penyediaan Bajet berhubung pembangunan belia.
Hadir mewakili MBM dalam program ini ialah Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Setiausaha Agung MBM Sdr. Hasnul Haniff Harun; Penolong Setiausaha Agung MBM Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali dan Exco MBM Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi.





