KUALA LUMPUR 6 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai sesi lawatan tapak Projek Pertanian Bandar di bawah program Kebun Komuniti Kementerian Belia dan Sukan bertempat di Awan Besar.
Lawatan diketuai Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa.
Turut sama Encik Christopher John Biai, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia serta Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Ini merupakan proses awal membuat perancangan pembangunan projek pertanian yang berkonsepkan pertanian bandar moden dan mesra alam khusus kepada golongan belia.