KUALA LUMPUR 15 November – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan sesi konsultasi pemegang taruh bersama Pesuruhjaya Kanak-Kanak Datin Nor Aziah Mohd Awal di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia berkaitan isu kanak-kanak.
Pesuruhjaya cuba menerangkan tentang kuasa dan peranannya serta memohon pandangan dan aspirasi daripada pemegang-pemegang taruh. Pelbagai isu-isu dikonsultasikan berkaitan kanak-kanak seperti isu buli, penderaan, pelajar tahfiz, remaja hamil, perkahwinan bawah umur, pusat jagaan kanak-kanak di premis swasta dan kanak-kanak berkeperluan khas.
Kanak-kanak berumur 15 – 18 tahun merupakan kelompok yang termasuk dalam kategori belia remaja.