MAJLIS BELIA MALAYSIA

SESI KONSULTASI KBS BERSAMA BELIA WP KUALA LUMPUR & SELANGOR

KUALA LUMPUR 27 Mei – Bagi memastikan bajet yang diperuntukkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) selari dengan keperluan dan pencapaian pembangunan generasi muda, satu sesi konsultasi KBS bagi mendapatkan input keperluan bajet 2020 telah berlangsung di Institut Sukan Negara di sini.

Sesi ini juga bertujuan mendapatkan input secara kolektif daripada pihak yang terlibat sambil mendengar pandangan dan idea-idea baharu supaya pendapat tersebut dapat direalisasikan selari dengan hasrat KBS khususnya dalam pembangunan belia dan sukan dalam kalangan golongan belia. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs Encik Ibrahim Bin Mohd Yusof, Setiausaha Bahagian, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik, KBS.

Sesi ini disertai warga belia dari gabungan MBM, persatuan belia tunggal, persatuan sukan dan individu dari Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Waitcalla RVV Suppiah, Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah dan Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »