PUTRAJAYA 4 Sep – Kementerian Belia dan Sukan telah melaksanakan Sesi Konsultasi Bajet 2024 Bersama Pemegang Taruh Belia bertempat di Dewan Podium KBS di sini.
Sesi yang dipengerusikan oleh YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ini diadakan untuk mandapatkan maklum balas dan pandangan dari pemegang taruh belia demi memperkasakan pembangunan belia negara.
Seramai 100 orang pemegang taruh belia terdiri daripada pemimpin pertubuhan belia, perwakilan mahasiswa, alumni institusi pengajian tinggi, belia profesional serta wakil kumpulan inklusif telah turut serta dalam majlis ini bagi memberikan input serta cadangan berhubung dengan Belanjawan 2024.
Hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid dan pimpinan badan gabungan MBM.
Turut hadir Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan dan Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Terima kasih kepada pihak KBSMalaysia atas ruang kepada persatuan belia terlibat dalam memberikan syor untuk belanjawan 2024.
Semoga agenda pembangunan belia Malaysia akan terus maju seiring dengan kemajuan negara tanpa mengenepikan aspek pembangunan generasi muda.