Dalam Talian | 22 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) dijemput untuk menghadiri Sesi Focus Group Discussion (FGD) Wawasan PEJUANG yang bertema ”Apa Rakyat Mahu untuk Masa Depan Malaysia?”: Perpaduan. FGD ini menjemput pemegang taruh dalam bidang perpaduan dan bertujuan untuk mengumpulkan pandangan tentang isu-isu perpaduan yang perlu ditangani di negara Malaysia, cara-cara efektif untuk mengatasi kekangan, dan fokus utama inisiatif yang bakal dijalankan.
MBM diwakili oleh Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik, dan Sdr. Eow Shiang Yen, Setiausaha Jawatankuasa Khas Perpaduan, Integrasi Nasional, dan Kepenggunaan.

