MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi dialog MBM bersama China Enterprise Chamber of Commerce (CECCM)

KUALA LUMPUR 2 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Presidennya Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah mengadakan sesi dialog bersama China Enterprises Chamber of Commerce (CECCM) disertai Presidennya, Encik Zhang Min merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Bank of China bertempat di Bangunan Bank of China, Jalan Ampang.

Antara agenda yang dibincangkan adalah fokus kepada kerjasama dalam bidang pembangunan usahawan seperti padanan perniagaan, peluang penerokaan dan meluaskan perniagaan di China dan sebagainya.

Turut dibincangkan peluang pekerjaan kepada belia Malaysia untuk berkhidmat dalam Syarikat China, koordinasi lawatan ke syarikat China di samping kerjasama jangkasama panjang antara MBM dan CECCM terutama dalam bidang teknologi.

Encik Zhang Min amat berbesar hati atas tawaran dan komitmen MBM dalam menyampaikan hasrat untuk kerjasama antara lainnya dalam agenda kesukarelaan dan tanggungjawab sosial korporat di bawah syarikat China kepada masyarakat Malaysia.

Hadir sama dalam sesi dialog ini Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM; Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM dan Sdr. Syed Mohammed Naquib, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi MFREN.

Turut hadir Sdr. Wong Kam Loon, Ahli Dewan Tertinggi MBM daripada Gerakan Belia Bersatu Malaysia merangkap Presiden 𝘌𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘔𝘢𝘫𝘰𝘳 𝘊𝘩𝘪𝘯𝘦𝘴𝘦 𝘠𝘰𝘶𝘵𝘩-𝘣𝘢𝘴𝘦𝘥 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘴𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 (𝘌𝘔𝘊𝘖).

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »