MAJLIS BELIA MALAYSIA

Serahkan Memo ‘Bantahan’ Kepada Joe Baden, ABIM & MBM Gerak Solidaritas Bela Palestina

MEDIANADNEWS.COM-Majlis Belia Malaysia serta badan gabungan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), serta PKPIM dan badan-badan lain telah menganjurkan Himpunan Solidariti Untuk Palestin.

Selain menyampaikan memorandum kepada kedutaan besar Amerika Syarikat, perhimpunan ini juga telah berjaya menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia ke atas penduduk Palestin, yang terus menghadapi serangan serta kekejaman yang dilakukan tentera rejim Zionis.

Para hadirin turut sama-sama merentangkan bendera Palestin panjang sebagai bukti solidariti kukuh mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum serta agama yang berbeza.

Perhimpunan tersebut telah diketuai oleh Setiausaha Agung MBM, Hasnul Hanif Harun serta Naib Presiden ABIM, Zairudin Hashim.

1.000 Orang Ikut Dukungan

Kira-kira 1,000 orang menghadiri Perhimpunan Aman Solidariti Mempertahankan Bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di sini, tadi.

Perhimpunan aman itu disertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) dan warga kota selepas solat Jumaat.(*)

Artikel penuh :

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »