Port Dickson, 11 Januari 2013 –Kepimpinan belia masa kini dilihat amat penting kepada belia dan Negara amnya kerana ia mampu mencerminkan corak pimpinan Negara Malaysia di masa hadapan. Justeru, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Beliadan Sukan (KBS) telah mengadakan program Retreat Kepimpinan Kebangsaan Induk 2012 di Hotel Seri Malaysia, Port Dickson bagi melahirkan pemimpin yang berkaliber di masa akan datang.
Program yang dihadiri seramai 70 orang peserta ini disasarkan kepada pemimpin-pemimpin di kalangan persatuan-persatuan belia seperti ABIM, Gerakan Belia 4B, Majlis Belia Felda Malaysia, MYHA, MAYC dan juga Persatuan Belia Xian Liang. Turut serta menyertai program ini adalah dari beberapa Majlis Belia Negeri seperti dari Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Malaka. Progam ini memberi peluang kepada golongan pemimpin bagi membincangkan beberapa isu yang berbangkit dan juga melatih mereka menjadi seorang pemimpin yang mampu berfikir dan bertindak secara kritis serta mengikut saluran yang betul.
Program ini dikendalikan oleh KetuaPenerangan MBM, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri yang juga merangkap Pegawai Penyelaras. Program ini juga dijayakan oleh exco MBM, Sdr Hasnul Haniff Harun dan Sdr Nasrul Ahmad sebagai fasilitator.T urut menjayakan progam adalah Sdr Low Eng Tack selaku naib presiden MBM dan EncikAhmad Saparudin Yusup selaku Penolong Setiausaha Agung. Sdr Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bertindak sebagai penceramah bagi sesi pertama. Sesi pengisian seterusnya telah dikendalikan oleh wakil KBS yang juga Ketua PegawaiE ksekutif Sekretariat Hari Belia Negara, Sdr Mod Nadzri Yaacob. Seterusnya, sesi dialog telah membariskan ahli panel yang terdiri daripada Datuk Mohd Noor Nordin, Sdr Azizuddin Ahmad dan KBSdan Sdr Mod Nadzri Yaacob. Presiden MBM, Encik Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee turut serta bagi merasmikan majlis penutupan program Retreat Kepimpinan Belia Kebangsaan Induk 2012 ini.