SEPANG 19 Oktober – Sebanyak 8 pasukan beraksi mempamerkan persembahan terbaik mereka bagi mengondol hadiah menarik yang disediakan dalam Festival Tarian Tradisional Malaysia (Tarian Zapin) Peringkat Separuh Akhir pertama yang berlangsung di KLIA.
Pengumuman Pemenang dan Penyampaian Hadiah Peringkat Separuh Akhir Festival Tarian Tradisional Malaysia (Tarian Zapin) 2019 menyaksikan 3 pasukan diumumkan sebagai pemenang seterusnya berasksi di peringkat akhir pada 2 November nanti.
Pertama: Seni Akar Malaysia (RM1,500.00)
Kedua: Sanggar Budaya (RM1,000.00)
Ketiga: Capal Tiga (RM700.00)
Hadiah disampaikan oleh Pengurus CSR Malaysia Airports, Sugeetha Raghupathy dan ditemani Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim merangkap Pengerusi Biro Kebudayaan, Sukan dan Hidup Sihat.
Festival kali ke-3 anjuran Malaysia Airports dan MBM ini disertai hampir 300 belia dari lebih 30 pasukan. Ia menjadi tarikan unik kepada pengunjung KLIA selain inisiatif penjenamaan Malaysia serta memartabatkan seni tradisi dan keunikan negara.
Hadir sama Ketua Penerangan MBM merangkap Penyelaras program, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.