KUALA LUMPUR 9 November – Sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan akibat bencana Monsun Timur Laut, Majlis Belia Malaysia (MBM), Malaysia Relief Agency (MRI) dan Pusat Belia Antarabangsa telah menganjurkan Seminar Persediaan dan Kordinasi NGO menghadapi Monsun Timur Laut bertempat di Pusat Belia Antarabangsa.
Penglibatan NGO-NGO terdiri daripada pelbagai kluster telah memantapkan rangkaian NGO sekitar Lembah Klang untuk gerak kerja semasa banjir.
Antara topik yang dikongsikan ialah;
i. Pengurusan Sukarelawan
ii. Pengurusan Operasi Bencana
iii. Isu Kesihatan dan Keselamatan semasa Bencana
iv. Psychological First Aid
v. MKN 20 dan Koordinasi Agensi Kerajaan