Siri Pertama Jelajah Seminar Pembangunan Kerjaya Sabah 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 12 hingga 15 Januari 2016 anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM), 1Belia 1Kemahiran MYTEVT (1B1K), Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Sabah dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia ini bermula di daerah Lahad Datu di SMK Agaseh, Kunak di SMK Kunak, Tawau di SMK Balung dan Semporna di SMK Dato’ Panglima Abdullah dengan sambutan 4000 pelajar dan penyertaan 20 buah kolej dari pelbagai negeri. Seminar ini bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan bermula majlis bersama pelajar-pelajar sekolah tersebut dimana didahulukan dengan ucapan Aluan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup SUA MBM, ucapan wakil Majlis Belia Sabah (MBS) dan ucapan perasmian oleh Guru Penolong Kanan sekolah dan seterusnya sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar. Sdr. SUA MBM mengiringi Guru Penolong Kanan melawat booth pameran kerjaya. Majlis diteruskan lagi dengan sesi perkongsian oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM dan Sdr. Khairul Nizam SU Majlis Belia Negeri Sembilan. MBM menerima jemputan pengisian bersama pelajar SMK Sepagaya Lahad Datu untuk sesi perkongsian bersama Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM dan ucapan aluan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusuf SUA MBM. Tinjauan daripada seminar tersebut mendapat respon yang baik daripada kalangan para pelajar mahupun guru-guru dan mereka menyatakan hasrat supaya program-program sebegini perlu diteruskan lagi kerana memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang-peluang menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran.