SHAH ALAM 10 Oktober – Kerajaan Negeri Selangor bersama Institut Darul Ehsan (IDE) telah mengadakan Seminar Nasional “Hidup Bersama Dalam Kepelbagaian: Pembinaan Bangsa dan Budaya Damai” bertempat di Hotel Concord Shah Alam.
Seminar ini bertujuan mewujudkan kesedaran orang awam mengenai konsep Fiqh al-Ta’ayush al Silmi atau kewujudan Bersama secara damai melalui interaksi dan pertukaran idea antara para intelek dan pengamal bagi penjanaan resolusi dan pelan tindakan menangani isu interaksi antara kaum dan agama di Malaysia.
Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri dan Majlis Penutup disenpurnakan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor. Ucaptama disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Siddiq bin Fadzil, Pengerusi IDE.
Seminar dilaksanakan dengan pembentangan kertas kerja dan perbincangan berlandaskan dua tema utama iaitu konsep dan pratis dalam sejarah, dan realiti di Malaysia. Manakala dua sesi forum pada waktu petang berfokus kepada cabaran dan langkah ke hadapan serta citra pelbagai etnik di Malaysia. Sesi pada waktu malam adalah pembentangan resolusi seminar oleh Tuan Haji Abdul Halim bin Ismail, Timbalan Pengerusi Seminar. Seminar berakhir dengan pidato umum yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Diskson.