MAJLIS BELIA MALAYSIA

SEMINAR MEMBASMI KEMISKINAN BANDAR

PUTRAJAYA 5 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden MBM merangkap Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan telah menyertai Seminar Membasmi Kemiskinan Bandar anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan bersama Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.

Seminar ini berlangsung di Auditorium Menara Seri Wilayah, Putrajaya dirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Abdul Samad.

Berlangsung selama satu (1) hari, seminar ini telah menghimpunkan para pemikir akademik, NGO, agensi serta pemimpin/wakil penduduk bagi membincangkan isu kemiskinan bandar dan solusi bagi mengatasinya. Terdapat empat sesi forum pembentangan kertas kerja oleh wakil agensi kerajaan, NGO, Akademik serta pakar Sosio Ekonomi.

Hasil pembentangan dan input seminar ini akan dihimpunkan dan dijadikan panduan bagi merangka strategi pembasmian kemiskinan bandar. MBM dan kumpulan NGO yang lain bersedia untuk memberi kerjasama kepada Kementerian dan semua pemegang taruh bagi menjayakan misi ini.

Image may contain: 7 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
Image may contain: 6 people, people smiling, people standing
Image may contain: one or more people and people on stage

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »