CYBERJAYA 15 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Fastrexs dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan Seminar Keusahawanan Memperkasakan Ekonomi Belia 2022 bertempat di Wisma Suria.
Pengisian program meliputi penerangan dan padanan dana pembiayaan oleh institusi kewangan, pendaftaran perniagaan dan pengenalan produk ditawarkan.
Program asas kepada ilmu perniagaan ini bertujuan membimbing belia dan bakal usahawan dalam menceburi bidang keusahawanan.
Hadir sama Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan merangkap Exco MBM, Datuk Syed Osman Mohamed dan Encik RosMad Nor Hady, Ketua Pegawai Pemasaran Fastrexs.
Program diakhiri dengan sesi bergambar dan ‘test food’.