KUANTAN 23 Feb – Sdri. Nurliana Mohamad, Exco MBM menghadiri program bersama Usahawan Belia dalam usaha memperkasa pembudayaan usahawan dalam skop HALAL dan PLATFORM PEMASARAN ONLINE PERCUMA yang disediakan YaPIEM.
Program berlangsung 22 hingga 23 Februari di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan ini dirasmikan oleh YB HAJJAH PUAN FUZIAH SALLEH, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang juga Ahli Parlimen Kuantan.
YB Fuziah berkongsi bersama kesedaran belia untuk lebih berpandangan jauh, melatih lebih ramai anak muda dalam kerja sosial bagi mengatasi isu kemiskinan serta bersama dalam usaha mewujudkan model Malaysia berteraskan pendekatan “Dasar Sosio Ekonomi Rahmah”.



