Friday, 23 April 2010
Hulu Selangor – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengadakan dua siri Seminar Kepenggunaan bertempat di Bukit Beruntung pada 18 April manakala siri kedua diadakan di Kuala Kubu Bharu pada 20 April. Seminar ini diadakan bagi memberi penerangan yang terperinci mengenai hak-hak pengguna serta menyentuh beberapa isu kepenggunaan yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat. Seminar ini amat penting bagi mendedahkan beberapa isu-isu kerana ramai pengguna masih lagi tidak sedar tentang hak-hak mereka. MBM dan KPDNHEP juga telah merancang untuk mengadakan siri seminar ini di kawasan-kawasan lain di Malaysia dengan kerjasama majlis-majlis belia setempat.