Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput ke Seminar International yang bertemakan “Membongkar Rahsia Menjana Pendapatan” pada 22 Mei 2016 yang bertempat di Grand Ball Room Basko Hotel Padang ini adalah anjuran Brigade Mahasiswa Masyarakat Pancasila Sumatera Barat(MPI Sumbar), Indonesia dengan kerjasama AlHawwari Tour & Travel Group yang dihadiri peserta seramai 4000 lebih peserta yang terdiri daripada kalangan Mahasiswa.
MBM dihadiri oleh Sdr. Hasnul Haniff Exco MBM yang mewakili Presiden MBM. Turut hadir sama dalam seminar Sdr. Herman Pengurus AlHawwari Tour & Travel Group, Sdr. Fandra Arisanda Ketua Umum Brigade Mahasiswa MPI Sumbar, Sdr. Taufiq Setiausaha Agung KNPI Padang, Sdr. Befika Yufiandra S.H Ketua KNPI Sumatera Barat dan Sdr. Ahmad Rifiela Pengurusan IT AlHawwari Tour & Travel Group.
Sdr. Hasnul Haniff diberikan slot bertajuk “Keusahawanan Sosial Anak Muda Malaysia” yang menyentuh tentang kepentingan Usahawan Sosial dimana diterangkan ciri-ciri Usahawan Sosial antaranya mempunyai nyala rasa yang tinggi, menentukan kebolehpasaran produk yang memberi impak dan menyelesaikan permasalahan sendiri. Beliau juga menerangkan tentang peluang dan ruang pasaran perniagaan di Malaysia. Dalam ucapannya juga beliau mengangkat tema Hari Belia Negara “The Future Is Now”.
Sdr. Herman berkongsi peluang rahsia menjana pendapatan dengan para hadirin yang dihadiri.
Seminar ini berakhir dengan cabutan nombor bertuah dan penyampaian cenderamata..