MAJLIS BELIA MALAYSIA

SEMBANG SANTAI TN50 BERSAMA PRESIDEN MBM

5 April 2017 – Konsep sembang santai yang diterapkan dalam sesi perkongsian aspirasi TN50 telah berjaya membuahkan idea dan pemikiran sekumpulan anak muda professional dalam melihat negara Malaysia di masa akan datang. Presiden MBM, Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal memulakan sepak mula dengan pengenalan kepada TN50 serta bagaimana mereka boleh memainkan peranan sebagai penggerak kepada proses transformasi yang diilhamkan oleh kerajaan.

Antara perkara yang dititik beratkan adalah perkara yang menyentuh tentang kerohanian, patriotism, kesejahteraan bandar dan pentadbiran. Mereka menyatakan anak muda masakini mengharapkan pihak kerajaan dapat mengamalkan sistem urus tadbir yang betul dan berintegriti tinggi dari pihak atasan sehingga ke peringkat bawahan supaya mereka dapat mewujudkan keyakinan yang tinggi daripada rakyat Malaysia terhadap sistem pentadbiran negara.

Sesi perkongsian yang diadakan di Restoran Hailam Kopitiam SS15 Subang Jaya itu mengumpulkan anak muda professional  daripada Kelab Umno Luar Negara, Alumni Kelab UMNO Luar Negara, Mahasiswa UIAM dan Pensyarah Universiti.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »