KUALA LUMPUR 6 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Sesi Sembang Santai (Tea and Coffee Trial) bersama pekerja belia dari Ghana pada 6 November 2020 bersempena dengan sambutan Minggu Kerja Belia Antarabangsa 2020 yang berlangsung dari 2 hingga 7 November.
Sesi sembang santai yang diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom. Pihak MBM telah diwakili oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM, Sdr. Thai Ming Yeow, Felo Penyelidik dan Puan Bibi Zaheha Zulkepli, Sekretariat MBM. Manakala pihak pekerja belia Ghana diwakili oleh Encik Peter Anum, Pengarah Eksekutif the Head of State Award – Ghana yang merupakan The Duke of Edinburgh’s International Award di Ghana.
Dalam sesi yang mengambil masa lebih kurang 45 minit tersebut, edua-dua pihak telah berkongsi pengalaman dan berbincang mengenai situasi, pelaksanaan dan cabaran kerja belia di negara masing-masing termasuk struktur tadbir urus hal ehwal belia, amalan kerja belia, dasar belia kebangsaan dan perkembangan gerakan belia.
Sesi sembang santai tersebut membolehkan MBM mengembangkan jaringan antarabangsanya dan pada masa yang sama meningkat percambahan idea, pemindahan kemahiran dan perkongsian amalan dalam kerja belia dan pembangunan belia.