PORT DICKSON 16 Jun – Sembang santai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson (MBDPD) Sdri. Norazliana Nadri. Bertanya khabar dan berbincang tentang perkembangan gerak kerja MBDPD dan belia di Port Dickson.
MBDPD unik kerana diterajui oleh seorang beliawanis yang berpengalaman dalam dunia pergerakan belia di Negeri Sembilan. Turut serta Sdri. Aida, Penolong Setiausaha MBDPD dan Sdr. Hanafi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM.