MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sembang Santai Kesedaran Kepenggunaan Edisi Belia ‘Pembelian Bijak dan Pengurusan Kewangan: Perlukah Belia Cakna?’

DALAM TALIAN 21 Dis – Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Sembang Santai Kesedaran Kepenggunaan Edisi Belia bertajuk ‘Pembelian Bijak dan Pengurusan Kewangan: Perlukah Belia Cakna?’ secara dalam talian.

Program ini dihoskan oleh Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM.

Perkongsian dalam sembang santai ini telah disampaikan oleh Puan Nur Asyikin Aminuddin, Bendahari Agung, Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA).

Beliau dalam perkongsiannya telah menyentuh mengenai kaedah pembelian secara bijak serta kaedah menguruskan kewangan kendiri bagi mengelakkan daripada masalah muflis.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »