MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sembang Santai Kesedaran Kepenggunaan Edisi Belia ‘Label Pemakanan: Perlukah Belia Cakna?’

DALAM TALIAN 22 Dis – Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Sembang Santai Kesedaraan Kepenggunaan Edisi Belia bertajuk ‘Label Pemakanan: Perlukah Belia Cakna?’ secara dalam talian menerusi Facebook MBM.

Perkongsian sembang santai tersebut telah disampaikan oleh Puan Nursyukrina Muhamad Norrahim, Pegawai Sains Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau dalam perkongsiannya telah menyentuh mengenai fungsi label sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan bagi membantu memudahkan masyarakat membuat pilihan pemakanan yang bijak menerusi kadungan yang tertera.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »