DALAM TALIAN 3 Sep – Telah berlangsung Rancangan “Sembang Santai” bertajuk ‘Friends of Unity’ bersama tetamu undangan Sdr. Mohammad Nazri Abd Latif, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Setiausaha Agung Gerakan Belia 4B Malaysia.
Program ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan dan bersiaran secara langsung diplatform Facebook kementerian. Sdr. Nazri membicarakan tentang semangat jati diri anak muda Malaysia pada hari ini berkenaan hari kebangsaan dan nilai perpaduan dalam masyarakat.
Untuk rekod, MBM merupakan rakan strategik Kementerian Perpaduan Negara melalui Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM dan turut menjayakan program-program semarak kemerdekaan dan perpaduan sempena Hari Kebangsaan tahun ini.