MAJLIS BELIA MALAYSIA

SEMBAH MAKLUM DYMM SULTAN JOHOR DAN TUNKU MAHKOTA JOHOR (TMJ) BERKENAAN PELAKSANAAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2020 DI JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU 5 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) menyertai YB Datuk Onn Hafiz, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Kerajaan Negeri Johor menyembah maklum kepada DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkenaan pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara 2020 di Persada Johor Bahru pada 15 Ogos 2020.

Menjunjung Kasih Tunku atas sokongan berterusan kepada pergerakan belia negara amnya dan negeri khususnya semenjak sekian lama.

Turut dipersembahkan cadangan program pengukuhan hubungan Institusi Diraja dengan pergerakan belia negara MBM dan MBNJ.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »