Putrajaya 16 Sept – Pelancaran Karnival Sukan Patriotik Belia Malaysia bersempena dengan Hari Sukan Negara dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ini membawa elemen ‘patriotik’ dalam aktiviti kesukanan yang akan digerakkan oleh MBM bersama Badan-Badan Gabungan di seluruh Negara. Pelancaran ini disempurnakan oleh Encik Nor Azli Indzam Setiausaha Bahagian Pembangunan. Perlawanan Persahabatan Bola Sepak ini membabitkan pasukan Majlis Belia Malaysia (MBM), Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Mak Jemah FC. Perlawanan diadakan di Padang Bola Sepak Presint 9 yang bermula pada pukul 4.30 petang hingga 7.00 petang.
Turut hadir sama Timbalan Presiden MBM Sdr. Zaidi Aziz, Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Sdr. Choo Chung Tiong, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin, Penolong Setiausaha Sdr. Hasnul Fairuz, Penolong Bendahari Sdr. Ahmad Daniar Ismail dan barisan Exco-Exco MBM.
Hadiah-hadiah cabutan bertuah turut disediakan kepada pengunjung yang hadir. Keputusan perlawanan bola sepak dimenangi oleh KBS (Biru) ditempat pertama, tempat kedua Mak Jemah FC, tempat ketiga MBM dan tempat keempat KBS (Merah).