MAJLIS BELIA MALAYSIA

Semarak HBN buka tirai sambutan Hari Belia Negara 2024

PUTRAJAYA 15 Mei – Hari Belia Negara (HBN) 2024 dimulakan dengan program Semarak HBN yang berlangsung di Menara KBS pagi ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim hadir merasmikan simbolik program ini bersama pemegang taruh belia, dan belia-belia yang hadir.

“HBN merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan kepada belia di Malaysia untuk memperkukuhkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara.

“Ini sekaligus memperluaskan akses belia kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, selaras dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM 2030),” ujar beliau.

Antara pengisian program Semarak HBN ialah bacaan Ikrar Belia Malaysia, Konvensyen Belia Integriti Nasional dan segmen aktiviti Gaya Hidup Rakan Muda.

Kemuncak sambutan HBN adalah penganjuran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Yakin Boleh!’ yang akan diadakan pada 24-26 Mei 2024 di Dataran Pahlawan, Banda Hilir, Melaka.

Hadir sama Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBSMalaysia; Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM, Tuan Mohd Azhari Mohamad, Ketua Pengarah JBSNegara; Encik Mahummar Gadaffi Sorilaut Omar, Ketua Pegawai Korporat, Institut Integriti Malaysia; Exco dan Dewan Tertinggi MBM dan Pengurusan tertinggi KBS Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »