MAJLIS BELIA MALAYSIA

Selangor Jadi Checkpoint ke-9, Jelajah Menggerak Belia HBN Kian Memuncak!

SHAH ALAM 22 April – Selangor menjadi checkpoint ke-9 bagi Siri Jelajah “Menggerak Belia” sempena Hari Belia Negara 2026 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Selangor.

Konvoi jelajah disambut oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Encik Syamsul Tahrin Mohd Tahir yang turut menerima simbolik Kotak HBN2026 sebagai tanda kesinambungan semangat belia dari negeri ke negeri.

Program ini dimeriahkan dengan aktiviti senamrobik yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah menyuntik gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dalam kalangan anak muda Selangor.

Turut hadir memeriahkan program ialah kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) termasuk Sdr. Aluyis Lim Soon Pin, Sdri. Eng Chor Eng, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan Sdr. Mohd Syahir Mohd Yusof bersama barisan kepimpinan serta belia dari Majlis Belia Negeri Selangor.

Jelajah ini digerakkan oleh MBM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan sebagai platform memperkukuh jaringan komuniti belia dan menyemarakkan aspirasi generasi muda menjelang kemuncak sambutan di Negeri Sembilan pada 15 Mei ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »