KENYATAAN MEDIA
SDR. JUFITRI JOHA
NAIB PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA
SELAMAT HARI PENGGUNA DAN
SELAMAT MENYAMBUT MINGGU KERJA BELIA
Bersempena Sambutan Hari Pengguna peringkat kebangsaan yang disambut baru-baru ini, pihak Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Pengguna khususnya kepada para belia yang merupakan kelompok terpenting sebagai kuasa pengguna. Kelompok belia merupakan kelompok terbesar yang menjadi sasaran industri, justeru belia harus menjadi pengguna yang bijak khususnya dalam berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut kemahuan. Sebagai pengguna yang bijak, belia akan sentiasa membuat pilihan yang terbaik dan berkualiti yang menjadi faktor penentu kepada kualiti dan kuantiti terhadap terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan.
Di peringkat MBM, Jawatankuasa Tetap Pendidikan (JTP) akan terus menggerakkan usaha pendidikan kepenggunaan terhadap belia dan masyarakat bagi melahirkan pengguna yang bijak dan tahu hak-hak sebagai pengguna. JTP MBM berhasrat untuk menganjurkan bengkel belia dan isu pengguna dalam waktu terdekat bagi berbincang lebih lanjut tentang isu-isu kepenggunaan yang melibatkan belia bagi merangkan pelan tindakan kepenggunaan belia.
Bersempena Minggu Kerja Belia yang disambut di peringkat Komanwel dan seluruh dunia minggu lepas (2-8 November 2015), MBM juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Minggu Kerja Belia sambil menyeru seluruh lapisan masyarakat agar memberikan perhatian yang khusus dan istimewa kepada pembangunan belia di sektor masing-masing kerana belia merupakan aset berharga dan terpenting negara.
Berpandukan Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015 yang dilancarkan baru-baru ini, MBM sedang menggerakkan usaha ke arah profesionalisme kerja belia bagi melahirkan aktivis-aktivis dan pekerja-pekerja belia yang profesional dan terlatih untuk mendidik dan membimbing belia.
Terima kasih
JUFITRI JOHA
Naib Presiden
Majlis Belia Malaysia
merangkap;
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan MBM
Tarikh : 11 November 2015