PUTRAJAYA 5 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menjayakan Sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia sempena Hari Sukarelawan Antarabangsa anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang diadakan di lobi Menara KBS.
Majlis flag-off telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal. Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz telah menerima simbolik penyerahan kit pencegahan Covid-19 dari YB Menteri.
Terdahulu telah berlangsung ucapan sambutan hari kesukarelawan oleh YB Menteri Belia dan Sukan yang disiarkan secara visual selain pengumuman pemenang-pemenang esei, fotografi, video pendek serta anugerah sukarelawan lelaki dan wanita.
Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Nor Azman Taib, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Encik Abdullah Hasan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato Dr. Wasitah Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Dr. Zainah Shariff, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan pegawai kanan Kementerian.
Selamat Hari Kesukarelawan kepada semua penggerak Kesukarelaan!