MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sekretariat MBM sediakan barangan bantuan untuk mangsa banjir

KUALA LUMPUR 21 Dis – Sekretariat Majlis Belia Malaysia (MBM) telah beroperasi menggerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur. Kakitangan MBM telah membuat pembungkusan barangan kelengkapan untuk diagihkan kepada keluarga mangsa banjir yang terlibat.  

Antara barang-barang yang disumbangkan adalah;

– 50 unit family hygiene kit

– 50 pek underwear & bra

– 50 unit tikar

– 50 helai Selimut

– 50 unit kain pelikat

– 50 helai kain batik

– 100 roti buku & roti krim

Kesemua barangan ini akan dibawa dengan pacuan 4 roda (4×4) sebelum diagihkan kepada mangsa banjir sama ada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ataupun di kediaman mangsa yang disinggahi konvoi nanti.

Misi ini disertai oleh MyVOC Majlis Belia Malaysia (MBM), Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Impact Malaysia dan Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Sumbangan awal ini merupakan inisiatif penganjur dan sebahagiannya dari sumbangan orang ramai.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »