MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sekolah Sukarelawan MYVOC-MBFM

JEMPOL 1 Dis – Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) mengambil tempat menganjurkan Sekolah Sukarelawan MYVOC Majlis Belia Malaysia (MBM) yang berlangsung di Kolej Yayasan Felda Negeri Sembilan, Jempol.

Seramai 30 orang pesert program ini terdiri daripada sukarelawan MBFM dari seluruh negeri dengan peserta paling jauh dari FELDA Mata Ayer, Perlis.

Program 2 hari 1 malam berbentuk bengkel asas kepada belia untuk tambah nilai kemahiran diri dan persiapan sebelum turun ke lapangan dalam mana-mana misi bencana.

Enam fokus tajuk bengkel dalam Sekolah Sukarelawan MYVOC iaitu :

1. Tatacara Pengurusan Bencana

2. Asas Pertolongan Cemas

3. Asas Pengendalian Radio Amatur

4. Asas Sokongan Orang Kurang Upaya

5. Asas Bantuan Psikologi

6. Water, Sanitation & Hygiene (WASH)

Program ini merupakan inisiatif MBM dan KBSMalaysia melalui Rakan Muda – Rakan Prihatin.

Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa, Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir semasa ucapannya berharap semua peserta yang terlibat mendapat manfaat daripada program ini seterusnya dapat dipraktikkan dilapangan misi bantuan bencana mahupun dalam kehidupan seharian.

Hadir sama Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM dan Sdr. Tauw Fek Hj Maslam.

Tahniah MBFM atas penganjuran program ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »