MAJLIS BELIA MALAYSIA

SEKOLAH POLITIK MBM : MENDEPANI CABARAN DAN KEPENTINGAN HUBUNGAN LUAR

Program Sekolah Politik Majlis Belia Malaysia (MBM) siri yang ke-6 telah melabuhkan tirainya pada 16 Mac 2019 lepas dan ia merupakan siri yang terakhir penganjuran sejak penganjuran siri pertama pada Mei 2018.

Penganjuran Sekolah Politik kali ini telah mengangkat tajuk “Geopolitik dan hubungan Antarabangsa” serta menampilkan Aiman Rashdan Wong sebagai panelis. Seramai 40 orang peserta yang rata-rata terdiri daripada mahasiswa dan individu yang terlibat secara langsung dalam bidang politik. Mereka pendedahan mengenai cabaran serta kepentingan sesebuah kerajaan dalam menjalin hubungan rapat dengan negara-negara lain di serata dunia.

Program seumpama ini adalah satu usaha MBM dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dikalangan belia di Malaysia mengenai sistem politik negara, demokrasi dan peranan rakyat dalam menentukan hala tuju masa hadapan negara.

Hakikat ini juga mendorong MBM melalui Jawatankuasa Tetap Pendidikan menyediakan modul dan pelan strategik sebagai persediaan lengkap dalam memastikan peserta yang hadir dapat meningkatkan kefahaman dengan lebih mendalam tentang pelbagai aspek kenegaraan seperti Perlembagaan Negara, dasar dan polisi, cabaran berpolitik, hubungan antarabangsa dan bayak lagi.

Tanpa mengira latar belakang pendidikan dan fahaman politik, program ini adalah langkah kehadapan MBM dalam menanam semangat patriotik dan meningkatkan jati diri seseorang individu untuk memastikan generasi masa hadapan negara mempunyai pelapis kepimpinan yang berkaliber.

Turut sama menjayakan program ini adalah Naib Presiden MBM, Sdr. Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »